Bengkel Mesra E-Hailing
Workshop yang diiktiraf mesra untuk driver Grab, MyCar, TADA dan platform e-hailing lain.
Kenderaan e-hailing memerlukan servis yang lebih kerap berbanding kenderaan peribadi kerana penggunaan harian yang tinggi. Bengkel mesra e-hailing di platform URTech menawarkan servis ekspres dengan waktu tunggu yang minimum, pakej servis berkala khusus untuk kenderaan e-hailing, dan harga yang telus tanpa caj tersembunyi. Driver boleh terus book appointment secara online dan track status kenderaan secara real-time supaya downtime dapat diminimumkan.
Finding workshops...
Soalan Lazim (FAQ)
Apa kelebihan bengkel mesra e-hailing?
Bengkel mesra e-hailing memberikan priority service kepada driver e-hailing. Ini bermakna waktu tunggu yang lebih pendek, pakej servis berkala yang disesuaikan dengan perbatuan tinggi kenderaan e-hailing, dan harga yang kompetitif untuk servis rutin seperti tukar minyak, brake pad, dan tayar.
Berapa kerap kenderaan e-hailing perlu diservis?
Untuk kenderaan e-hailing yang digunakan setiap hari, servis minyak enjin disarankan setiap 5,000-7,000 km atau sebulan sekali (mana yang lebih awal). Ini berbeza dengan kenderaan peribadi yang biasanya 10,000 km atau 6 bulan.
Adakah bengkel ini boleh service kereta biasa juga?
Ya! Bengkel yang bertanda mesra e-hailing juga menerima kenderaan peribadi. Badge ini hanya menunjukkan bahawa bengkel ini mempunyai pengalaman dan pakej khusus untuk kenderaan e-hailing.
Bagaimana cara book appointment di bengkel e-hailing?
Klik pada mana-mana bengkel dalam senarai, pilih tarikh dan masa yang sesuai, dan isi butiran kenderaan anda. Anda akan menerima pengesahan melalui WhatsApp.
