Workshop Panel Insurans
Bengkel yang menerima claim insurans first party — terus hantar kenderaan tanpa bayar cash.
Apabila kenderaan terlibat dalam kemalangan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat laporan polis dan menghubungi syarikat insurans. Bengkel panel insurans di platform URTech adalah bengkel yang telah didaftarkan sebagai panel workshop oleh syarikat insurans utama di Malaysia termasuk Allianz, Tokio Marine, AIA, Zurich, Etiqa, dan Takaful. Ini bermakna anda boleh terus hantar kenderaan ke bengkel tanpa perlu bayar terlebih dahulu — bengkel akan berurusan terus dengan insurans anda. Claim boleh dibuat secara online dan status pembaikan boleh dijejaki secara real-time melalui platform kami.
Finding workshops...
Soalan Lazim (FAQ)
Apa beza first party dan third party claim?
First party claim ialah anda claim dari insurans anda sendiri (biasanya untuk kemalangan yang anda penyebab atau tiada pihak lain). Third party claim ialah anda claim dari insurans pihak yang menyebabkan kemalangan.
Adakah saya perlu bayar dulu sebelum hantar kereta ke bengkel panel?
Untuk bengkel panel first party, anda biasanya hanya perlu bayar excess (biasanya RM200-400). Bengkel akan berurusan terus dengan syarikat insurans untuk baki kos pembaikan.
Berapa lama proses claim insurans?
Proses claim biasanya mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk kelulusan. Selepas diluluskan, pembaikan boleh dimulakan. Tempoh keseluruhan bergantung pada tahap kerosakan — dari seminggu hingga sebulan untuk kerosakan teruk.
Insurans apa yang diterima?
Setiap bengkel mempunyai senarai panel yang berbeza. Kebanyakan bengkel panel di platform kami menerima Allianz, Tokio Marine, Zurich, Etiqa, AIA, MSIG, dan beberapa syarikat takaful. Semak di halaman bengkel untuk senarai penuh.
